1. RAWATAN GANGGUAN GHAIB
Kami memberikan khidmat kepada mana-mana individu yang menghidapi gangguan ghaib seperti sihir, saka, asyik, ain dan lain-lain. Sebelum rawatan dimulakan, pesakit akan diminta menjalani ujian ‘scan’ untuk di diagnosis sama ada mereka benar-benar mempunyai gangguan ataupun tidak. Sekiranya pesakit mempunyai gangguan, mereka akan dapat merasainya sendiri melalui beberapa reaksi yang mungkin seperti berikut:
- Jari bergetar
- Tangan menggeletar
- Rasa jari dicucuk
- Rasa tangan lenguh
- Rasa tangan berat
- Rasa arus elektrik mengalir di tangan
Kebaikan kaedah scan seperti ini adalah reaksi itu akan dirasai sendiri oleh pesakit, yang mana tidak mungkin dapat dimanipulasi perawat untuk membuktikan pesakit kononnya mempunyai gangguan.
2. RAWATAN PULIH DIRI
Rawatan seperti ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pekerjaan, jodoh, lemah semangat, kurang keyakinan diri dan ketidak-lancaran dalam menjalankan urusan seharian. Kaedah rawatan yang digunakan adalah doa, rukyah, air minum putih, solat hajat, bimbingan akidah dan mandian.
3. PAGAR RUMAH / KEDAI / PEJABAT
Ikhtiar ini melibatkan usaha untuk membersih dan mengeluarkan makhluk ghaib daripada suatu kawasan, dan seterusnya membentengi kawasan berkenaan dengan kaedah doa, diplomasi alam ghaib dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ke atas garam kasar dan air.
4. IKHTIAR PENYAKIT BERAT SEPERTI KANSER, KETUMBUHAN DAN PENYAKIT YANG TIDAK DIKETAHUI PUNCANYA.
Demi keselamatan nyawa pesakit, hanya pesakit yang sudah menjalani pemeriksaan perubatan dan masih meneruskan rawatan perubatan konvensional seperti biasa sahaja yang akan dilayan. Ikhtiar ini hanyalah sebagai tambahan kepada usaha penyembuhan moden sedia ada.
5. IKHTIAR BALAS KEZALIMAN
Membimbing pesakit yang sudah lama teraniaya untuk membalas kezaliman secara syarie. Ia adalah selaras dengan firman Allah SWT:
ا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. an-Nisa: 148)
”Telah jelas kebolehan hal mendoakan keburukan kepada orang yang berbuat zalim berdasarkan nas-nas Al-quran dan As-Sunnah. Ia juga berdasarkan perbuatan generasi umat Islam terdahulu (salaf) maupun generasi terkemudian (khalaf).” (Imam Nawawi, Al Adzkar An Nawawiyyah, halaman 261).