Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar al- Amin Muhammad ibn Abdullah.
Rakaman hebat yang telah diwariskan oleh Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali ini adalah satu tulisan yang nampak kecil tetapi ia merupakan satu gugusan matan yang merupakan rangkuman kalimat-kalimat hebat yang telah disusun dengan pena ketauhidan yang amat tinggi daripada seorang Murshid sepanjang zaman.
10 asas agama dalam perkara ketauhidan telah dipetik daripada 40 asas agama yang terdapat dalam karya asal telah dirakamkan di dalam pengajian ini. Kehebatan karya ini menyebabkan kami memilih kitab ini setelah diminta oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mencadangkan sebuah kitab ringkas yang kecil untuk sebaran masyarakat awam. Buku ini juga merupakan sebahagian buku silibus kajian untuk pelajar peringkat sarjana di APIUM. Kedua-dua penterjemah merupakan pelajar di peringkat sarjana di APIUM. Penterjemah juga telah melakukan diskusi berkenaan buku ini dengan Prof. Dr. Jamal Faruq al-Daqqaq al-Hasani. Pensyarah di Universiti al-Azhar Kaherah.Buku ini juga telah dipermudahkan serta ditambah nilai dengan suntingan dan penambahan oleh penterjemah.
Beberapa penerangan dan syarah dilakukan secara ringkas bagi memudahkan kefahaman. Kebanyakan huraian matan dilakukan dengan method pemaparan ayat al-Quran sebagai penghurai tanpa banyak kalimat manusiawi daripada kami kerana memandangkan kami amat kerdil untuk mensyarahkan kitab ini. Mudah- mudahan kemukjizatan al-Quran memberi nilai tambah kepada matan tersebut.
PENTERJEMAH:
Ustaz Juzaili Juhan dan Ustaz Azhar Bin Yahya
*Pengajian 10 Asas Aqidah Islam ini diterbitkan semula untuk tujuan kepentingan dakwah dan ilmu, tanpa apa-apa kepentingan komersial. Semoga Allah SWT membalas segala usaha mereka yang terlibat dalam penerbitan kitab 10 Asas Aqidah ini dengan sebaik-baik pembalasan.
DanialHakim
Reviews are closed.